fbpx

Angkut wanita obes sesak nafas guna lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai tiga anggota bomba membantu mengangkat mangsa dengan berat badan 150 kilogram di rumahnya di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang wanita yang mempunyai berat badan 150 kilogram terpaksa dihantar ke hospital menggunakan lori selepas sesak nafas ketika menjalani kuarantin di rumahnya di Rumah Awam Ayer Molek di sini hari ini.

Wanita berusia 49 tahun itu dihantar ke hospital dengan bantuan pasukan bomba pada pukul 1.50 tengah hari.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 1.19 tengah hari dan tiga anggota dikejarkan ke lokasi.

“Anggota bomba memakai set pelindung diri (PPE) ketika menguruskan wanita tersebut.

“Kerja-kerja memindahkan mangsa dilakukan dengan menggunakan sebuah kerusi roda untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI