fbpx

Boleh vaksin 800 penerima sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua dari kiri) ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bas Bergerak di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sungai Siput hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

SUNGAI SIPUT – Pelaksanaan pusat pemberian vaksin (PPV) Bas Bergerak MARA Liner oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berupaya memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada 800 penerima sehari.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, inisiatif itu memberi kemudahan kepada masyarakat luar bandar khususnya Orang Asli malah dapat memastikan tiada dalam kalangan mereka yang ketinggalan.

Katanya, KPLB juga memudahkan komuniti itu yang menghadapi kesukaran untuk hadir ke PPV dengan membawa perkhidmatan tersebut ke kawasan berhampiran mereka.

“Kita tahu kebanyakan kawasan Orang Asli tiada tempat yang selesa untuk PPV sedangkan vaksin ini perlu dikawal termasuk penyimpanan dan suhu yang diperlukan.

“Jadi, kita sediakan perkhidmatan bas bergerak ini untuk memberi suntikan vaksin kepada masyarakat luar bandar khususnya komuniti berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat PPV Bas Bergerak Mara Liner di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) di Kampung Bawong di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI