fbpx

Abdul Hadi sudah semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU – Tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kini sudah bertambah baik.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kesihatan Abdul Hadi menunjukkan perkembangan positif dan Ahli Parlimen Marang itu dijangka boleh dibenarkan pulang pada masa terdekat.

“Alhamdulillah (tahap kesihatan) makin baik, insyaAllah akan keluar dari IJN pada masa terdekat.

“Kesihatannya makin pulih, (Abdul Hadi) dalam keadaan ceria dan teruja untuk bersama dengan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Naib Presiden Pas ditemui ketika memantau program Jejak Vaksin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, Manir dekat sini.

Sebelum ini, anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil memaklumkan ayahnya dimasukkan di IJN menerusi hantaran laman Facebook pada 6 Jun lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok memberitahu Abdul Hadi yang mempunyai sejarah penyakit jantung berada dalam keadaam stabil tetapi memerlukan rawatan susulan dan pemantauan doktor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI