fbpx

Misi ke Gaza dipertikaikan, Caprice beri tiga sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE kini berada di Gaza menjalankan misi kemanusiaan di sana.

PETALING JAYA – Biarpun dipuji dan menimbulkan kesedaran ramai tentang keprihatinan sejagat, misi dan serta motif sebenar penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan Caprice  ke bumi Palestin tetap mencetuskan pelbagai pertikaian dalam kalangan netizen.

Sedar perkara tersebut, menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, menjelaskan tiga sebab utama kunjungannya ke Gaza.

“Salam Jumaat Malaysia. Ramai wartawan, blog, berita hantar mesej tanya apa misi saya di sini. Jadi saya tulis di sini.

“Pertama, untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk Palestin di Gaza. Kedua, untuk bertemu dengan rakan baharu dan membina hubungan kuat demi visi jangka panjang Road To Al-Aqsa 2040.

“Ketiga, untuk mengadakan pertemuan dengan rakyat dan pelajar Malaysia yang terkandas di Kairo sejak Covid-19 melanda,” jelasnya.

Tambah Caprice, dia memaklumkan dengan lebih awal bahawa dirinya tidak boleh merakam semua pergerakan ketika melakukan sesetengah misi demi faktor keselamatan.

“Kalau ada misi yang dah selesai, baru dapat kongsikan, Insya-Allah.

“Terima kasih kepada semua yang doa dan bakar semangat kita. Saya sangat menghargainya. Tuhan sayang dan berkati Malaysia,” katanya lagi.

Caprice bertolak ke bumi Palestin pada malam Khamis lalu selepas kerajaan memberi kebenaran kepadanya pada saat-saat akhir bagi menjalankan misi kemanusiaan terhadap rakyat di negara itu yang ditindas rejim Zionis.

Bagaimanapun, pemergian penyanyi rap itu ke sana tidak disenangi beberapa pihak apabila ada yang mempertikai dan mempersoalkan kebenaran yang diterimanya.

Bahkan, netizen turut mendakwa bahawa Caprice mendapat kebenaran berikutan bapanya merupakan seorang ahli politik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI