fbpx

Jambu Legend 18 laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (dua dari kanan) sedang melayan pelanggan yang datang ke lori perniagaannya di Seksyen 18, Shah Alam.

SHAH ALAM – Peribahasa tuah badan nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu mungkin bertepatan kepada seorang penjual jambu yang meraih keuntungan berganda walaupun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 .

Menurut Zamri Naimun, 53, penjualan buah tersebut dengan nama Jambu Legend 18 meningkat sekali ganda apabila terjual hampir 300 kilogram (kg) seminggu berbanding 150 kg sebelum ini.

Katanya, keadaan itu turut didorong cuaca panas ketika ini yang membuatkan orang ramai memilih makanan yang mendinginkan tubuh.

“Saya juga terkejut apabila hampir 60 kg buah jambu batu habis dijual setiap hari sama ada untuk dinikmati begitu sahaja atau diperah untuk dijadikan air jambu,” katanya ketika ditemui di Seksyen 18, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI