fbpx

Aprena Manrose bingung disangka masih bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APRENA MANROSE dan Mohd. Afiq mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

PETALING JAYA – Pelakon Aprena Manrose mendedahkan terdapat lelaki yang mahu mendekati dan berkenalan dengannya kerana menyangkakan dia masih bujang.

Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, mesej oleh peminat lelaki itu dihantar kepadanya menerusi akaun media sosialnya.

“Bohong kalau saya kata tidak ada (dikacau). Saya ada terima mesej yang bukan-­bukan daripada lelaki tidak dikenali. Ramai yang sangka saya belum berkahwin,” kata isteri kepada Mohd. Afiq Hazman itu.

Ujar selebriti berusia 28 tahun itu, terdapat segelin­tir peminatnya yang masih tidak mempercayai dia berstatus ­isteri orang ketika ini.

“Kalau saya kata sudah berkahwin, mereka (peminat) tidak percaya. Saya sebenar­nya pelik apabila ramai yang tidak mempercayai saya sudah berkahwin sedangkan saya sudah banyak kali berkongsi gambar bersama suami.

“Mungkin sebab mereka tidak tahu individu di dalam gambar itu adalah suami saya,” katanya.

Aprena memberitahu, dia juga pernah dituduh oleh berperangai tidak senonoh oleh pengikutnya kerana bergambar dan bermesra dengan lelaki sedangkan individu tersebut adalah suaminya.

“Tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan bahawa saya sudah berkahwin. Adakah sebab kami belum dikurniakan anak?” katanya.

Justeru, adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu mengambil keputusan untuk mengabaikan mesej sebegitu atau memadamnya agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari.

Ditanya mengenai respons Mohd. Afiq, Aprena berkata, suaminya tidak melayan perkara seperti itu kerana memahami situasi yang sedang dihadapinya.

“Suami tak nak layan ­pe­rasaan kerana bimbang akan menjejaskan hubungan kami.

“Sekiranya saya berlakon ­de­ngan mana-mana pelakon lelaki, suami tidak akan menonton drama tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Aprena menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata selepas ­bernikah pada 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI