fbpx

Dua mati lemas dibawa arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengangkat mayat salah seorang mangsa lemas selepas terjatuh di dalam longkang berhampiran Masjid Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor, petang hari ini. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Usaha murni seorang lelaki untuk menyelamatkan dua kanak-kanak yang terjatuh dalam longkang berhampiran Masjid Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini berakhir tragedi apabila dia turut lemas.

Dalam kejadian pada pukul 4.12 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun ditemui lemas bersama seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, seorang lagi rakan kepada mangsa lemas yang dianggarkan berusia sembilan tahun masih dicari.

“Polis menerima laporan terdapat tiga orang termasuk dua kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus deras pada pukul 4.12 petang.

“Saksi awam memaklumkan mereka bermain di sekitar longkang itu sebelum terjatuh. Seorang lelaki kemudian terjun ke dalam longkang untuk menyelamatkan mereka.

“Lelaki yang berusia 32 tahun itu juga dibawa arus deras,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, longkang itu dianggarkan sedalam dua meter.

“Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa terus digerakkan dan sehingga pukul 6 petang hari ini dengan dua mangsa telah ditemui.

“Perkembangan terkini memaklumkan hanya seorang kanak-kanak yang terjatuh longkang bagaimanapun usaha mencari kanak-kanak itu sedang dijalankan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI