fbpx

Rossi akui berada dalam dilema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI mengakui berada dalam dilema sama ada bersedia untuk berlumba bersama pasukannya Aramco VR46 musim depan selepas pasukan itu mengikat kerjasama dengan Ducati. – AFP

ASSEN, Belanda – Juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi mengakui adalah mustahil untuk mewakili pasukan miliknya, Aramco VR46 pada saingan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan meskipun telah dipujuk oleh pendana utama, Putera Abdulaziz Abdullah Al Saud.

Sebagai rekod, pasukan Aramco VR46 telah menandata­ngani kontrak perjanjian bersama Ducati untuk menjadi pembekal enjin pasukan untuk tempoh selama tiga tahun bermula musim depan dengan adik Rossi, Luca Marini menjadi pelumba rasmi.

Kata Rossi, dirinya masih belum membuat keputusan me­ngenai masa depannya kerana mahu menghormati kontraknya bersama pasukan satelit Yamaha dari Malaysia, Petronas Sepang Racing Team (SRT) yang berakhir penghujung musim ini.

“Saya belum memikirkan mengenai hala tuju musim depan dan memerlukan cuti rehat musim panas yang akan bermula selepas tamat Grand Prix (GP) Belanda minggu ini untuk berbincang dengan beberapa pihak se­perti pasukan saya dan Yamaha.

“Secara jujur, saya akui agak bergelut untuk bersaing dengan kompetitif musim ini. Justeru, bukan menjadi pilihan utama saya untuk terus berlumba pada musim depan.

“Namun, saya dalam dilema kerana Putera Abdulaziz yang juga penaja utama kami mele­takkan harapan yang tinggi untuk saya berlumba dengan pasukan yang sudah pun menandatangani perjanjian dengan Ducati.

“Apa yang pasti, saya mahu hubungan saya dengan Yamaha kekal baik dan dalam masa yang sama saya mewakili pasukan Aramco VR46 sangat menghargai apabila Ducati bersedia untuk menjadi pembekal enjin buat kami untuk tempoh tiga tahun mendatang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI