KOTA BHARU – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak sesuai dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) sebagai langkah untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 di lokasi itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, tindakan itu bagi mengelakkan timbul salah tanggapan dan kecelaruan dalam kalangan masyarakat mengenai peranan pusat khidmat ADUN di negeri ini.
Katanya, beliau lebih bersetuju sekiranya sesuatu lokasi PPV itu ditentukan sendiri oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) atau Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKKN).
“Ada beberapa lokasi pusat khidmat DUN di Kelantan yang menjadi PPV untuk penduduk setempat menerima vaksin. Pada saya, lebih baik suntikan dilakukan di PPV yang ditetapkan KKM dan JKKN agar ia dapat dilakukan di kawasan masing-masing.
“Saya sendiri tidak menjadi pusat khidmat DUN Kok Lanas sebagai PPV kerana pusat itu sudah disediakan di Majlis Daerah Ketereh. Ia juga merupakan langkah terbaik untuk menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya. -K! ONLINE