fbpx

Lelaki penggal, tendang kepala kenalan seperti bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arciniega-Saenz (kiri) menyembelih kepala kenalannya, James Garcia dan mengaku menendang kepala itu seperti bola sepak kepada 14 buah kenderaan. - Facebook

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang gelandangan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mexico kerana tuduhan memancung seorang kenalannya di sebuah taman sebelum menjadikan kepala mangsa sebagai bola sepak, lapor laman berita Metro UK semalam.

Joel Arciniega-Saenz, 25, ditahan selepas dia mengaku membunuh James Garcia, 51, di Taman Apodaca Park, New Mexico.

Polis bergegas ke taman tersebut Ahad lalu selepas menerima aduan tentang penemuan mayat  tanpa kepala di jalan raya sebelum menemui Arciniega-Saenz bersama sebilah pisau dan kesan darah yang sudah kering pada tangannya.

Garcia dipenggal dan ditikam beberapa kali. Jarinya juga dipenuhi dengan darah.

Arciniega-Saenz memberitahu polis bahawa dia, Garcia dan isteri Garcia menghabiskan masa bersama selama empat hari sebelum insiden itu.

Suspek mendakwa telah tertidur dan sebaik tersedar, dia dan isteri mangsa mendapat tahu bahawa Garcia telah melarikan diri bersama semua barang kepunyaan mereka.

Arciniega-Saenz kemudian meminta Garcia untuk mengaku kesalahannya sebelum mengambil sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa beberapa kali.

Suspek kemudian membawa tubuh mangsa ke atas jalan dan ‘bermain bola sepak dengan kepala Garcia’. Dia mendakwa telah menendang kepala itu ke arah 14 buah kenderaan.

Arciniega-Saenz mempunyai rekod jenayah sebelum ini termasuk jenayah vandalisme di sebuah kedai kopi di Las Cruces, namun dibebaskan dengan ikat jamin. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI