fbpx

Dua wanita curi barang kemas Korea diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV memaparkan dua wanita menyelak kain yang menutup gerai tersebut.

SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai mencuri sejumlah barang kemas Korea di sebuah gerai yang tidak beroperasi di dalam sebuah pasar raya di Bartam, Kepala Batas di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang peniaga lelaki berusia 39 tahun yang mendakwa barangan jualannya dicuri.

Beliau berkata, mangsa menyedari kejadian itu kira-kira pukul 5 petang selepas melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ketika berada di rumahnya di Kulim, Kedah.

“Suspek didakwa telah menyelak kain biru yang menutupi kotak pameran dan mengambil barang-barang emas Korea.

“Rakaman CCTV memaparkan dua suspek yang memakai pelitup muka banyak kali mundar-mandir di kawasan kedai mangsa sebelum mencuri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati gerai berkenaan ditutup sejak awal bulan ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, manakala barang jualan tersebut ditinggalkan di kedai dan hanya ditutup dengan kain biru.

“Lelaki itu mendakwa kerugian kira-kira RM2,000 selepas satu kotak cincin dan rantai tangan emas korea diambil suspek,” katanya lagi.

Noorzainy berkata, pihak polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek yang telah dikenal pasti itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI