fbpx

Ibu Nike Ardilla berlinang air mata jumpa Amel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DETIK ibu Nike Ardilla bertemu Amel yang memiliki wajah sangat mirip anaknya. - INSTAGRAM

JAKARTA – Seorang gadis bernama Siti Aisyah Mardhiya Amilia(Amel) tular di media sosial kerana memiliki paras rupa iras penyanyi rock wanita  Indonesia,  arwahNike Ardilla lapor portal berita Suara.com hari ini.

Terbaharu,  Amel pergi menemui ibu Nike Ardilla, Nining Ningsihrat dalam detik pertemuan yang menyaksikan kedua-duanya mengalirkan air mata.

Pertemuan  menyayat hati itu viral di media sosial dan dipaparkan menerusi akaun Instagram@nikeardilla_id.

Dalam video tersebut, Amel dilihat  berjabat tangan dengan Nining Ningsihrat yang duduk di kerusi  roda dan memeluk wanita itu seperti ibunya sendiri.

Air mata tak kunjung berhenti dari pelupuk mata keduanya. Amel juga sempat menyuap Nining Ningsihrat, tidak ubah seperti pertemuan antara seorang  ibu dan anak kandungnya.

Amel melonjak popular selepas potretnya terpapar dalam akaun TikTok@kipotart.  Akaun sosial tersebut memaparkan beberapa foto seorang gadis yang disebut mirip arwah  penyanyi Nike Ardilla.

KOMBINASI gambar menunjukkan Amel dan Nike Ardilla. – TikTok @KIPOTART

Gambar itu dirakam oleh seorang jurugambar bernama Taufik Akbar.

Pada 18 Jun lalu, Taufik, secara tidak sengaja bertemu gadis itu  sedang duduk bersama kakaknya di sebuah stadium di Jakarta.

“Awalnya saya meminta izin untuk merakam gambar kakaknya. Namun, wanita itu menyuruh dia merakam  gambar adiknya sahaja,” kata Taufik kepada Suara.com

Ketika Amel membuka pelitup muka, Taufik terkejut lantaran wajah gadis itu sangat mirip dengan Nike Ardilla.

Nike Ardilla atau nama sebenarnya Raden Rara Nike Ratnadilla pernah menggemparkan industri muzik Indonesia dalam tahun 1990-an. Dia meninggal dunia di Bandung pada tahun 1995 ketika berusia 19 tahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI