fbpx

Kumpulan Facebook tukar suami isteri dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman tersebut berkenaan sebuah kumpulan bertukar pasangan suami isteri yang tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Pendedahan seorang pengguna Twitter berhubung kewujudan kumpulan dikenali sebagai Tukar Pasangan Suami Isteri Suka Sama Suka di laman sosial Facebook mencetuskan kemarahan netizen yang mendesak anggota kumpulan terbabit menghentikan kegiatan itu.

Semakan Kosmo! mendapati setakat pagi ini, laman Facebook berkenaan masih aktif dan menerima hantaran pengunjung yang berminat untuk menyertai aktiviti tersebut termasuk dari negara jiran.

“Teringin punya pasangan orang Malaysia. Salam dari Indonesia,” ujar seorang pengguna laman tersebut hari ini.

 

Paparan carian oleh individu tersebut.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter dikenali sebagai Haqim mengatakan dia terjumpa kumpulan tersebut secara tidak sengaja ketika membuat carian maklumat mengenai penukaran hak pemilikan kenderaan.

“Terjumpa kumpulan ini. Aku rasa ingin tahu apa maksud tukar itu. Aku pun cuba buka. Satu kumpulan peribadi satu lagi kumpulan terbuka.

“Tidak sangka wujud kumpulan manusia yang sanggup melakukan perkara sebegini. Ada suami yang tawarkan isteri, ada isteri yang menawarkan diri sendiri,” tulisnya.

Perkongsian itu menimbulkan kemarahan netizen yang beramai-ramai ‘menyerbu’ kumpulan terbabit dengan kebanyakan mereka menyifatkan perbuatan itu sebagai menjijikkan dan melampaui batas.

“Tolonglah, bertaubatlah selagi pintu taubat terbuka. Kepada pengendali kumpulan ini, lebih baik awak tutup kumpulan ini sebelum saya buat laporan polis. Sekian,” tulis seorang netizen bernama Afiq Umar.

“Beraninya orang yang buat kumpulan maksiat ini. Kalis api neraka ke apa? Tak faham sungguh. Orang berebut hendak masuk syurga, ini berebut hendak masuk neraka,” ujar seorang netizen bernama Belle Aisha.

“Penyakit setiap umat terdahulu terkumpul pada umat akhir zaman, jangan hinakan diri meletakkan diri dalam kelompok tersebut. Taubat,” ulas seorang lagi netizen bernama Saiful.

“Sedihnya tengok kumpulan ini. Bila iman semakin pupus. Kembalilah ke pangkal jalan semua. Perkahwinan yang indah kerana Allah. Susahkan hendak kahwin perlu buat ujian HIV, hantar borang sana sini jadi mengapa perlu menjual pasangan?,” ulas seorang lagi pemilik akaun bernama Izza Rozizi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI