fbpx

Padah berjudi di Live Wechat Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan ketika serbuan polis ke premis terbabit, semalam.

SEBERANG PERAI – Menawarkan pertaruhan secara dalam talian menerusi platform aplikasi media sosial Live Wechat Group.

Itu modus operandi yang digunakan oleh satu sindiket perjudian haram sejak kira-kira tiga bulan lalu, akhirnya terbongkar selepas polis membuat serbuan di Kampung Paya Tanah Liat, Bukit Mertajam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, menerusi Op Judi kira-kira pukul 3.45 petang itu, pihaknya menahan sembilan individu termasuk empat wanita berusia 42 hingga 57 tahun.

“Siasatan mendapati, suspek lelaki berusia 48 tahun mengaku sebagai penganjur perjudian jenis Si Goh Lak dan bertanggungjawab menyediakan semua barang-barang berkaitan selain menjadikan rumah sewanya sebagai tempat berkumpul.

“Pada masa yang sama, lapan lagi suspek bertindak sebagai operator perjudian di bawah seliaan suspek pertama itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya merampas pelbagai peralatan termasuklah kertas putih tertulis angka, cip berwarna merah dan ungu, telefon bimbit, kerusi plastik, kalkulator serta alat tulis selain wang tunai RM19,641.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI