fbpx

Sepanyol sudah mula temui rentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL mara ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas mencatat kemenangan 5-0 menewaskan Slovakia pada aksi Kumpulan E awal pagi semalam. – AFP

SEVILLE – Pengendali Sepanyol, Luis Enrique menganggap pasukannya adalah seperti sebuah sebotol minuman sparkling apabila mereka mula mempamerkan aksi mengagumkan selepas berdepan kesukaran pada dua perlawanan awal.

Awal pagi semalam, Sepa­nyol berjaya menewaskan Slovakia 5-0 untuk mengesahkan kemaraan ke saingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara Kumpulan E.

“Kami akan pergi selangkah demi selangkah. Saya bercakap mengenai perkara yang saya percaya dan jangkakan. Saya tidak akan mengubah pandangan mengenai kemampuan skuad Sepanyol.

“Ia seperti botol minuman sparkling. Sukar untuk membukanya, tetapi kemudian ia meletup di hujungnya. Kami sangat gembira kerana meraih kemenangan ini untuk peminat. Kami perlu mengulanginya lagi selepas ini,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol melakar sejarah meraih kemenangan paling besar dalam sejarah kejohanan hasil jaringan Aymeric Laporte, Pablo Sarabia dan Ferran Torres, manakala dua gol lagi hasil gol sendiri pemain Slovakia, Martin Dubravka dan Juraj Kucka.

“Saya berasa lega. Itulah kemampuan yang kami miliki. Kami membuktikan bahawa pasukan ini mempunyai kemampuan cuma kami bermula dengan perlahan dalam dua aksi pertama.

“Saya percaya peminat mempunyai pandangan mereka sendiri tetapi saya fikir kami tidak akan menerima rungutan dengan keputusan ini. Kami akan membuat persiapan untuk pusingan 16 pasukan terbaik,” jelasnya.

Pusingan berikutnya menyaksikan Sepanyol bakal berdepan naib juara Piala Dunia 2018, Croatia di Stadium Parken, Copenhagen Selasa nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI