fbpx

Tindakan tegas promosi LGBT di media sosial 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ahmad Marzuk Shaary

PUTRAJAYA – Tindakan tegas akan dilaksanakan dalam kadar segera bagi menangani isu penghinaan agama Islam secara umum dan promosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya di media sosial.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas Task Force Menangani lsu LGBT yang dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, hari ini.

Ahmad Marzuk berkata, tindakan tegas itu penting bagi menunjukkan komitmen penuh kerajaan khususnya membabitkan penguatkuasaan undang-undang.

Menurutnya, beliau mendapati ada pihak tertentu yang memuat naik status dan grafik yang menghina agama Islam di media sosial tertentu dalam usaha mereka mempromosi gaya hidup LGBT.

“Di media sosial tertentu misalnya, tiada tapisan langsung terhadap kandungan video yang berkaitan hubungan sejenis yang giat disebarkan.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, bulan Jun dianggap sebagai ‘Gay Pride Month’ di mana gerakan LGBT di seluruh dunia termasuk di Malaysia di mana mereka sedang mempromosi gaya hidup mereka secara terbuka sama ada melalui perarakan atau media sosial,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Ahmad Marzuk berkata, mesyuarat hari ini bersetuju untuk mengenal pasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu.

Beliau berkata, mesyuarat sama turut mencadangkan pindaan kepada Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560] dan undang undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI