fbpx

Barcelona lega Messi sempat pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah) mengalami sedikit kecederaan, namun dijangka mampu diturunkan pada aksi suku akhir bertemu Bayern Sabtu depan. – AFP

BARCELONA – Meskipun dibelenggu aksi tidak menentu, namun Barcelona memastikan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Napoli dengan keputusan agregat 4-2.

Pada aksi timbal balik pusi­ngan 16 pasukan terbaik di Camp Nou awal pagi semalam, skuad kendalian Quique Setien itu me­lakar kemenangan 3-1 menerusi jaringan Clement Lenglet, Lionel Messi dan Luis Suarez.

Walaupun bimbang dengan kecederaan dialami Messi pada perlawanan tersebut, namun Setien percaya bintang Argentina itu sempat pulih sebelum aksi suku akhir menentang Bayen Munich awal pagi Sabtu nanti.

“Dia disepak dengan agak kuat tetapi ia bukanlah kecederaan yang serius. Mungkin dia perlukan sedikit rawatan, namun bagi saya ia tiada masalah.

“Sudah tentu ia perlawanan (menentang Bayern) yang sangat sukar, lebih-lebih lagi mereka layak ke suku akhir dengan ke­lebihan enam gol. Mereka adalah pasukan yang sangat baik,” kata Setien.

Mengulas aksi bertemu Napoli semalam, beliau percaya skuad kendaliannya telah menguasai perlawanan biarpun berasa sedikit gementar ketika berada di bangku simpanan.

“Kami kuasai sepenuhnya perlawanan walaupun mereka dilihat lebih banyak menyerang pada separuh masa kedua. Kesimpulannya, kami sudah laksanakan tugas yang dipikul,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN