fbpx

Perak benarkan ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kerajaan negeri Perak membenarkan ibadah korban dan akikah sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan, pekarangan masjid atau surau serta premis yang dibenarkan Jabatan Perkidmatan Veterinar (JPV).

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, tatacara dan pelaksanaan ibadah korban dan akikah tersebut telah pun disembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut beliau, pelaksanaan ibadah itu hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilarang.

“Bagi hari pertama korban (10 Zulhijah), jumlah lembu atau kerbau yang dibenarkan ialah empat ekor bagi sesi pertama iaitu bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan lima ekor pada sesi kedua (2 hingga 6 petang) manakala kambing pula enam ekor (pagi) dan lapan ekor (petang).

“Pada hari kedua, ketiga dan keempat, maksimum lima ekor lembu atau kerbau dibenarkan bagi kedua-dua sesi iaitu 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 6 petang, manakala jumlah kambing pula lapan ekor mengikut kedua-dua sesi sembelihan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban juga hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu kepada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah diikuti membuat semburan sanitasi di lokasi sehari sebelum pelaksanaan ibadah tersebut.

Selain itu kata Mohd. Yusop, jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban perlu menyediakan buku rekod kehadiran bagi mencatat nama dan nombor telefon petugas di pintu masuk ke lokasi.

“Tidak dibenarkan mana-mana agensi atau individu melaksanakan ibadah korban dan akikah melainkan dengan kerjasama pengerusi jawatankuasa kariah atau surau untuk tindakan selanjutnya serta tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

“Bagi setiap sesi, jumlah petugas yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 20 orang termasuk ahli jawatankuasa kariah masjid atau surau,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI