fbpx

TUDM terbangkan 20 tan makanan ke Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat A400M dari No. 22 Skuadron digunakan TUDM bagi mengangkut bekalan makanan dan keperluan asas ke Labuan hari ini.

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan penghantaran 20 tan bekalan makanan ke kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Wilayah Persekutuan Labuan.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, misi bantuan tersebut telah diaturgerak menggunakan sebuah pesawat A400M dari No. 22 Skuadron yang diterbangkan Mejar In’Amul Hasan Shuhaimy bersama Kapten Syahmi Nazri dan Kapten Wan Ubaidullah Wan Hanapi.

Menurut TUDM, misi bantuan itu adalah usahasama di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Labuan.

“Bekalan keperluan makanan asas yang dihantar ini akan diagihkan kepada kira-kira 13,800 keluarga melibatkan lapan lokaliti yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi di negeri tersebut.

“Turut dibawa dalam penerbangan kali ini ialah peralatan perubatan Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Institut Perubatan Penerbangan (IPP) serta barangan peralatan bagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” kata kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, TUDM berkata, penerbangan itu juga merupakan penerbangan keempat melibatkan penghantaran bantuan bekalan makanan ke negeri itu sejak pelaksanaan PKPD.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dan Ketua Setiausaha KPWKM Dr. Maziah Che Yusoff hadir merasmikan misi tersebut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI