fbpx

Pirlo dilantik kemudi Juventus ganti Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIRLO diberi kepercayaan untuk mengemudi Juventus selepas kelab itu membuat keputusan memecat Sarri. – AFP

TURIN – Juventus membuat kejutan kedua dalam tempoh 24 jam apabila melantik bekas pemain pasukan itu Andrea Pirlo sebagai jurulatih selepas memecat Maurizio Sarri kelmarin.

Kelab gergasi Itali membuat keputusan melantik Pirlo kira-kira sejam selepas memecat Sarri yang gagal membawa pasukan itu mara ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara apabila disingkirkan oleh Olympique Lyon pada aksi kelmarin.

Pirlo, 41, yang juga merupakan legenda bola sepak di Itali telah meraih pelbagai kejuaraan sepanjang bergelar pemain telah dilantik sebagai jurulatih pasukan bawah 23 (B-23) bulan lalu dan kini menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad utama Juventus.

“Keputusan yang dilakukan oleh kelab ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa Pirlo­ mampu memberi nafas segar buat pasukan ini dalam misi untuk memburu lebih banyak keja­yaan selepas ini.

“Hari ini bermulalah episod baharu dalam hidupnya untuk dunia bola sepak yang lebih besar. Daripada seorang yang digelar maestro kepada jurulatih yang berkaliber,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Juventus.

Juventus berharap Pirlo mampu menyaingi kehebatan dan ke­­gemilangan yang dilalui oleh Zi­nedine Zidane yang bermula sebagai pemain yang berjaya kemudian menjadi jurulatih yang hebat.

Zidane yang juga bekas pemain Juventus berjaya meraih dua gelaran La Liga serta me­rangkul tiga kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid selepas mengambil alih kemudi pa­sukan tersebut.

“Ia bukanlah satu keputusan yang luar biasa diambil oleh Juventus kerana Pirlo pernah berada di sini, bermain untuk kami dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang.

“Kami percaya ia adalah langkah pertama buatnya untuk me­ngecapi sesuatu yang lebih gemilang,” kata Ketua Pegawai Bola Sepak Juventus, Fabio Paratici. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI