ITALI – Pemain tenis Itali, Camila Giorgi sedikit terkilan apabila gagal melangkah ke pentas final Terbuka Palermo selepas tewas di tangan pemain muda Perancis, Fiona Ferro awal pagi semalam.
Pada perlawanan tersebut, Camila Giorgi mempamerkan aksi bertenaga pada awal saingan apabila mencatat kemenangan pada set pertama perlawanan.
Bagaimanapun, pada set kedua, Giorgi dilihat melakukan banyak kesilapan serta keletihan dan Ferro mengambil peluang tersebut untuk mencari mata penyamaan sebelum perlawanan terpaksa diheret ke set ketiga.
Meskipun Giorgi cuba untuk bangkit pada set ketiga, namun Ferro dilihat tampil dengan aksi yang konsisten serta lebih pantas untuk muncul pemenang pada saingan itu dengan keputusan 2-6, 6-2, 7-5.
“Saya telah berikan yang terbaik dan cuba bermain dengan gaya saya sendiri. Pada set penentuan Ferro tampil dengan permainan yang lebih kemas dan saya terpaksa akur dengan kekalahan ini.
“Saya berpuas hati dengan aksi kali ini dan harap mampu beraksi dengan lebih baik menjelang perlawanan akan datang,” kata Giorgi.
Pada aksi final, Petra Martic turut tersingkir apabila tewas straigh set 2-6, 4-6 di tangan jaguh Astonia, Anett Kontaveit. – AGENSI