fbpx

Selepas Ebit Lew, Caprice pula terbang ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE telah berangkat ke Gaza, malam tadi.

PETALING JAYA – Biarpun mendapat kebenaran saat akhir dan terpaksa terbang sendirian, hasrat penyanyi rap Caprice untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin akhirnya tertunai.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, berkongsi perkara tersebut menerusi satu video dalam laman Instagramnya, semalam.

Segak berpakaian formal sebelum berlepas ke negara  bergolak tersebut, pelantun lagu Korang Tak Boleh Blah itu turut memohon urusannya di Gaza dipermudahkan.

“Tolong doa untuk saya Malaysia. Last minit Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza.

“Cuma kena terbang seorang diri malam ini (malam tadi). Maafkan segala kesilapan dan halalkan makan serta minum saya. Insya-Allah, saya akan buatkan anda semua berbangga. Demi ummah, rakyat dan negara.”

Untuk rekod, Caprice merupakan antara selebriti tempatan yang begitu lantang dalam mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Pernah sekali sekitar bulan lalu, Caprice berdebat dengan seorang wanita Israel yang juga tentara Israel Defense Forces (IDF). Wanita berkenaan ‘bermati-matian’ tidak setuju dengan pendapat majoriti atau global bahawa Israel adalah punca sebenar perang atau ketidaktenteraman melibatkan Palestin dan negaranya.

Terdahulu, aktivis kemanusiaan dan juga pendakwah bebas Ebit Lew telah berlepas ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan Israel sejak sebulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI