fbpx

Arab Saudi lulus campuran dos vaksin berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung konsert pertama kali diadakan sejak bermulanya Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan bukti vaksinasi mereka pada 3 Jun lalu. - AFP

RIYADH – Jawatankuasa Ilmiah Nasional untuk Penyakit Berjangkit Arab Saudi telah meluluskan penggunaan campuran dua dos vaksin Covid-19 berbeza, lapor akhbar Saudi Gazette, semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi menerusi laman Twitter rasminya.

“Persetujuan meluluskan campuran dua dos vaksin berbeza adalah berdasarkan kajian ilmiah antarabangsa yang meluas.

“Kajian membuktikan jaminan keselamatan dan keberkesanan dalam usaha memerangi virus Covid-19 menerusi suntikan dos kedua vaksin,” tulis kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan lain, kementerian mengumumkan bahawa semua penerima yang berumur 50 tahun ke atas (menurut kalendar Hijrah) dan telah melepasi 42 hari selepas dos pertama, diizinkan mengambil dos kedua, mulai hari ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI