fbpx

Bapa merajuk berkaki ayam keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang bapa merajuk dan keluar rumah berkaki ayam tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Seorang bapa yang menghidap penyakit Alzheimer merajuk dan lari keluar dari rumah berkaki ayam setelah dia dilarang keluar oleh anaknya menarik perhatian netizen di aplikasi TikTok sejak semalam.

Menerusi dua buah video yang dimuat naik oleh anaknya @marfikaadnanhf di platform tersebut, memaparkan anaknya itu bersungguh memujuk bapanya yang keluar rumah berkaki ayam kerana terasa hati dengan anaknya yang lain.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok meluahkan rasa sebak dan sedih setelah melihat bapanya yang lari keluar rumah berkaki ayam kerana merajuk setelah dilarang untuk keluar rumah.

Seorang pengguna yang bernama @Rehaina berkongsi pengalaman menjaga arwah bapanya yang turut menghidapi penyakit yang sama.

“Arwah bapa saya pernah sekali merajuk begini. Memang saya menangis bila jadi macam tu. caranya, ikutkan sahaja rajuknya. Bila dia sudah sejuk hati, dia pula yang minta maaf,” katanya.

Malahan, menurut pengguna lain dengan nama @IamShook/Syuk, apa yang terjadi itu merupakan ujian yang boleh menjadi rahmat kepada hambaNya.

“Ini semua ujian dan boleh menjadi rahmat apabila kita tempuh dengan cara yang Allah suka. Semoga awak berjaya,” luahnya di bahagian komen.

Dalam pada itu, pengguna yang bernama @MarhainiHarisFadzilah yang juga merupakan anak kepada lelaki tersebut meluahkan rasa berterima kasih atas keprihatinan netizen yang tidak putus-putus mendoakan bapanya.

“Terima kasih semua. Doakan abah saya cepat sembuh ya. Saya rindu sangat dengan abah,” balasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI