fbpx

Kejutan sisi ‘non-komedi’ Kevin Hart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEVIN HART keluar dari kepompong apabila melakonkan watak serius sebagai bapa tunggal dalam Fatherhood.

SEKIRANYA anda baru sahaja menjawat peranan sebagai seorang bapa dan selang beberapa minit, diberitakan dengan pemergian isteri tercinta, bagaimana respons anda terhadap realiti tersebut?

Itu intipati dalam filem terbaharu Netflix berjudul Fatherhood yang dibintangi pelawak terkemuka global, Kevin Hart. Karya berkenaan mula menemui penonton sejak 18 Jun lalu.

Penulis mempunyai pandangan berbelah-bahagi tentang kualiti filem pengarah Yuwan Gamage tersebut. Dari segi plot dan naratif, ada beberapa ruang yang ketara seperti tidak terisi.

Barangkali terlalu hanyut dengan semangat fatherhood, karya berkenaan seolah-olah mengenepikan nilai yang juga penting iaitu berkaitan keibuan.

Apa yang menjadi nadi utama kepada kehebatan Fatherhood ialah kejutan yang diterjemahkan Hart menerusi watak yang dimainkan.

CETUSAN  kimia antara Hart dan Hurd sebagai bapa dan anak sangat berkesan.

Khalayak tahu, Hart merupakan seorang pelawak hebat dan untuk dirinya menjayakan watak serius iaitu sebagai Matthew Logelin, itu adalah satu cabaran buat dirinya membuktikan sesuatu kepada penonton.

Ternyata, persembahan watak yang asalnya disebut-sebut sepatutnya dijayakan pelakon Channing Tatum, tidak disia-siakan oleh Hart.

Kalau boleh diberikan markah, penulis tidak teragak-agak untuk memberikan sebanyak 90 peratus markah atas keberkesanan karakter bapa tunggal persembahan Hart.

Babak ketika Matthew secara tiba-tiba membulatkan keputusan melepaskan peluang kerjaya di Croatia, sekali gus mengutamakan anaknya menjadi satu perkara yang berbekas dalam sanubari sehingga ke hari ini.

Kualiti tersebut disempurnakan dengan kolaborasi pelakon cilik, Melody Hurd yang menjayakan karakter anak kepada Matthew bernama Maddy Logelin.

Hurd boleh diibaratkan epitome seorang pelakon muda yang mempunyai potensi besar untuk terus diketengahkan dan dikomersialkan.

Dia licik, energetik dan langsung tidak kekok langsung dalam setiap lontaran dialog. Justeru, cetusan kimia antaranya dengan Hart sangat menjadi dan wajar dikompangkan dengan pujian.

Secara peribadi, penulis cuma kurang berkenan dengan pergerakan plot atau naratif. Sejujurnya, ada babak yang barangkali mudah untuk menitiskan air mata, namun dilonglaikan dengan jalan cerita yang kurang menjadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI