SUDAH lama tidak mendengar cerita tentang si genit, Iman Troye sejak kontroversi ‘kes tujuh angka’ bulan lalu.
Terbaharu, dia muncul dengan hantaran yang memukau perhatian pengikut Instagramnya.
Iman memuat naik beberapa keping foto dia bergaya dalam persalinan dan solekan outfit of the day (OOTD) versi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyamakan wajah Iman seperti Datuk Seri Vida ketika muda.
“Kenapa aku tengok macam Datuk Seri Vida versi muda ni?” tulis seorang warganet.
“Ingatkan mama Cik B tadi, terkejut saya,” gurau seorang lagi pengikut Instagramnya.
MIZZ LAHAR: Memang ‘sesak nafas’ tonton drama Penthouse musim ketiga. Mendebarkan!