fbpx

Sub stesen tenaga solar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah sub stesen tenaga solar di Jalan Kampung Padung, Changlun terbakar tengah hari tadi.

JITRA – Sebuah sub stesen tenaga solar di Jalan Kampung Padung, Changlun dekat sini terbakar tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah sub stesen tenaga solar ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam melakukan pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan air daripada tangki jentera dan 10 unit alat pemadam api jenis debu kering.

“Kemusnahan melibatkan 40 peratus pada bahagian bekalan elektrik inverter tenaga solar tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, kejadian tidak melibatkan mangsa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI