fbpx

Nyawa melayang, Tenang naik minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangsakun (kanan) ditemui terbaring dengan kesan kecederaan di perut dan paha selepas diserang seekor gajah KECV, Hulu Terengganu semalam. (kanan) Gambar kenangan Tangsakun bersama Tenang.

HULU TERENGGANU – Seorang penjaga gajah ditemui mati dalam keadaan mengerikan dalam keadaan perutnya ter­belah selepas diserang dan dipijak mamalia itu yang dianggarkan seberat 2.2 tan.

Kejadian malang itu berlaku di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV) di sini semalam.

Mayat mangsa, Anucha Tangsakun, 38, yang merupakan warga Thailand ditemui rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Sangsai pada pukul 8.15 pagi.

Tidak jauh dari lokasi mayat mangsa ditemui, terdapat se­ekor gajah bernama Tenang yang dipercayai menyerang lelaki itu berikutan kesan darah pada belalai haiwan jantan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, pekerja di KECV melihat mangsa melakukan kerja-kerja pembersihan, memberi makan dan membawa gajah mandi di sungai pada pukul 7.45 pagi.

“Semasa kejadian, si mati melepaskan ikatan rantai pada kaki Tenang untuk membawa haiwan itu mandi.

“Tenang tiba-tiba naik minyak dan menyerang mangsa di bahagian perut dan paha dengan menggunakan gadingnya,” kata­nya di sini semalam.

Semasa diserang haiwan ber­usia 22 tahun itu, mangsa menjerit me­minta tolong.

Sangsai kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati rakannya sudah tidak lagi ber­nyawa. Pemeriksaan mendapati belalai Tenang mempunyai kesan darah.

Lelaki itu kemudian meminta bantuan pekerja lain menenangkan dan mengalihkan Tenang sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak pengurusan KECV.

Beliau memberitahu, emosi Tenang dikatakan kurang stabil sejak dua minggu lalu selepas dicederakan pada bahagian belalai oleh seekor gajah jantan liar lain yang menceroboh perkampungan tersebut.

Tenang merupakan antara gajah jantan yang paling dominan dan lama menghuni perkampu­ngan konservasi gajah itu sejak dibuka tujuh tahun lalu.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

KECV yang mempunyai 18 ekor gajah berkeluasan kira-kira 260 hektar dan yang mula ber­operasi 9 Mei 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI