fbpx

Morbidelli terlepas aksi di Assen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI terlepas aksi GP Belanda selepas mengalami kecederaan lutut berulang dan semakin serius. – AFP

LONDON – Pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli bakal terlepas perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda pada hujung minggu ini selepas kece­deraan lutut yang dialaminya sebelum ini semakin serius.

Kecederaan yang menimpa pelumba Itali itu bukan melibatkan insiden baharu kerana Morbidelli sebelum ini terlibat dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan awal bulan ini.

Bagaimanapun, keadaan lutut kiri Morbidelli semakin serius ketika dia terjatuh sewaktu menjalani latihan di Barcelona sebelum ini dan diburukkan lagi selepas dia sekali lagi terjatuh pada sesi latihan kelmarin.

“Petronas Yamaha SRT mengesahkan bahawa Morbidelli akan terlepas untuk bersaing pada perlumbaan di Belanda selepas mengalami kecederaan lutut kiri ketika sedang menjalani latihan pada Selasa.

“Morbidelli kini menjalani pemeriksaan dan kami sedang mencari jalan terbaik untuk proses pemulihan kecederaan dari semasa ke semasa. Pasukan berharap segalanya berjalan dengan lancar,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, Morbidelli tampil cemerlang apabila menamatkan saingan selaku naib juara, namun musim ini dia berdepan kesukaran selepas berada di kedudukan ke-11 keseluruhan dengan 40 mata.

Bagaimanapun, ketika ini SRT tidak mendedahkan siapa yang bakal menggantikan tempat Morbidelli di Assen, namun kemungkinan Cal Crutchlow bakal diturunkan pada hujung minggu ini.

Crutchlow kini menjadi pelumba uji rasmi Yamaha bagi musim 2021 menggantikan Jorge Lorenzo selepas kehilangan tempat di LCR Honda bagi memberi ruang kepada Alex Marquez.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI