fbpx

Selangor E-Bazar jana RM144.7 juta jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika pengumuman secara maya keputusan E-Bazar Raya 2021 hari ini.

SHAH ALAM – Kempen Selangor E-Bazar yang dilaksanakan kerajaan negeri berjaya menghasilkan jualan terus berjumlah RM144.7 juta sejak tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berdasarkan empat pusingan kempen iaitu E-Bazar Raya 2020, E-Bazar 11.11 Mega Sales, E-Bazar CNY 2021 dan E-Bazar Raya 2021 dalam memastikan kelangsungan perniagaan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Katanya, kempen itu turut mewujudkan kesan riak sebanyak RM2.95 bilion kepada ekonomi negeri.

“Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 163 peratus untuk jualan terus dan 139 peratus peningkatan kesan riak kepada ekonomi Selangor berbanding dengan sasaran awal.

“Ini membolehkan ekonomi negeri terus bergerak sambil mewujudkan saluran penjualan alternatif dalam talian agar perniagaan tempatan dapat bertahan,” katanya pada sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan Keputusan E-Bazar Raya 2021 dan Pelancaran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) TV.

Kata Amirudin, kerajaan negeri telah melabur sebanyak RM7 juta sepanjang empat kempen E-Bazar itu dalam mendigitalisasi perniagaan tempatan.

Beliau memberitahu, kempen itu telah menarik penyertaan 294,119 penjual, termasuk 74,837 penjual baharu yang telah mendapat manfaatnya.

“Selangor berbangga menjadi kerajaan negeri pertama yang melancarkan inisiatif baucar e-dagang dalam membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) negeri untuk menghadapi cabaran Covid-19,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI