fbpx

Pemuda sumbang mesin ABG untuk tiga hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil kepada Asri (dua dari kanan) menyumbangkan mesin ABG kepada wakil Hospital Sultanah Bahiyah baru-baru ini.

PETALING JAYA- Seorang pemuda meneruskan hasrat murni membantu petugas barisan hadapan melawan Covid-19 dengan menyumbangkan tiga unit mesin perubatan gas, darah dan arteri (ABG) bernilai RM105,000.

Pemuda itu dikenali sebagai Asri Ahmad, 30, menyumbangkan mesin ABG bagi kegunaan tiga buah hospital di Kedah melibatkan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Jitra dan Hospital Baling.

Sumbangan pemuda itu dibuat menerusi syarikatnya, Asri Academy Sdn. Bhd. selain turut mendapat kerjasama daripada Pusat Dakwah Murtadha (Madad).

Menurut Asri, sumbangan itu diberikan selepas mendapat nasihat Malaysian Relief Agency (MRA) cawangan Kedah mengenai peralatan diperlukan hospital bagi membantu pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

“Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, kami cuba menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk tunai, barangan atau keperluan lain.

“Kami hubungi MRA dan dapat maklumat mengenai keperluan segera mesin ABG di beberapa hospital di Kedah. Jadi, dana yang ada digunakan untuk sediakan keperluan itu,” katanya di sini tadi.

Katanya, dia turut berharap sumbangan mesin itu dapat membantu hospital dalam menampung peningkatan jumlah pesakit.

“Diharap lebih banyak badan bukan kerajaan dan syarikat korporat tampil membantu menyediakan peralatan perubatan serta menghubungi MRA untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI