fbpx

Langkah berani Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIHA ZIKIR

MENCIPTA gimik sebelum melancarkan sesebuah karya bukanlah perkara baharu dalam dunia hiburan, tidak kira lakonan atau nyanyian. Bagi penyanyi, Shiha Zikir, kontroversi yang melanda sebelum pelancaran single terbaharunya yang bertajuk Aewo bukan sesuatu yang dirancang atau diduga. Disebabkan membawakan konsep atau aura yang menyelitkan sedikit elemen mistik, pemilik nama penuh Nurshiha Mohd. Zikir itu dituduh sengaja mempermainkan soal agama. Beberapa hari sebelum Aewo dilancarkan minggu lalu, banyak komen negatif ditinggalkan peminat menerusi Instagram Shiha yang menentang konsep lagu berkenaan. “Saya…

Percaturan mencipta kelainan adakala mengundang risiko, namun itulah bayaran sebuah kreativiti. Hal yang sama harus ditelan penyanyi yang selama ini terkenal dengan imej sopan dan sesekali menggeletek hati khalayak dengan onar humornya dalam media sosial. Inilah Shiha Zikir, penampilannya dalam klip video terbaharu, Aewo memang luar biasa berani.

“Ada yang menuduh saya menggalakkan perbuatan syirik kerana mereka melihat simbol iluminati dalam muzik video itu. Sebenarnya itu sekadar simbol A untuk Aewo tetapi orang cenderung melihatnya dari sudut negatif.

“Tidak kurang juga yang menyindir saya meniru konsep lagu Lathi dari Indonesia tetapi saya okey kerana tahu, tiada guna bertekak dengan orang yang tidak mahu mendengar,” tegas Shiha.

Daftar di sini untuk baca berita penuh

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI