fbpx

Didenda RM2,600 miliki tabung surau curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG – Akibat memiliki sebuah tabung surau yang merupakan harta curi, seorang penganggur didenda RM2,600 oleh Mahkamah Majistre di sini hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fadhil Azmi, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Fadhil didakwa memiliki sebuah tabung milik Surau As- Sufi Selayang Height sehingga menyebabkan kerugian RM150, yang mana dia mengetahui bahawa barang tersebut adalah harta curi.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Selayang Height, Gombak, di sini pukul 3.40 petang pada 20 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu tertuduh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M. Mariappan yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk denda yang minimum dengan alasan menanggung isteri dan seorang anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada 18 Jun lalu, polis telah menerima laporan tentang kehilangan tabung surau berkenaan yang diletakkan di tepi lif di pangsapuri itu.

Hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mendapati terdapat seorang lelaki telah memecahkan tabung tersebut.

Pada 20 Jun lalu, sepasukan polis kemudian telah membuat penggeledahan di sebuah unit pangsapuri itu iaitu rumah tertuduh dan telah menemui barang kes (tabung) dan pakaian yang digunakan tertuduh semasa melarikan tabung surau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI