fbpx

Pelakon jadi pengawal keselamatan cari duit musim Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktres Hong Kong jadi pengawal keselamatan di universiti sejak setahun lepas. - Bowchan Photography

HONG KONG – Pelakon Hong Kong, Kate Yeung mendedahkan sudah setahun bekerja sebagai pengawal keselamatan demi meneruskan kehidupan semasa pandemik Covid-19, lapor akhbar Apple Daily, baru-baru ini.

Menurut Yeung,36, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah universiti kerana ketiadaan tawaran lakonan sepanjang wabak Covid-19 sejak setahun lepas.

Selain bergelar pengawal keselamatan, dia juga pernah bekerja sambilan sebagai penjual bunga dan pelayan kedai makan.

“Saya bersyukur kerana masih mampu meneruskan hidup sepanjang setahun ini.

“Saya memasuki industri lakonan sejak berusia 16 tahun jadi secara jujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman dalam sektor pekerjaan lain.

“Pelakon yang baik memerlukan pengalaman, jadi saya selalu mempunyai idea untuk bekerja di industri yang berbeza untuk pengalaman itu,” jelasnya.

Yeung turut meluahkan rasa sedih untuk meninggalkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan itu pada akhir bulan ini bagi meneruskan karier lakonan seperti biasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI