fbpx

Polis tahan lelaki ugut kenalan Ain Husniza di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mengeluarkan ugutan terhadap seorang wanita yang memberi sokongan kepada pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini mendedahkan perbuatan seorang guru membuat gurauan rogol.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan lelaki itu namun, tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut.

Menurutnya, wanita itu membuat laporan polis di Putrajaya pada 10 Mei lepas mendakwa dia menerima ugutan menerusi Twitter oleh seorang lelaki dari Kulim, Kedah apabila pengadu memberi maklum balas berkaitan isu itu.

“Jadi pengadu terasa diugut oleh suspek (lelaki tersebut) melalui komen yang ‘ditweet’,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, A. Asmadi berkata, Ain Husniza dipanggil hanya untuk mengambil keterangan berkaitan isu kes yang disiasat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh.

“Keterangan Ain Husniza perlu untuk melengkapkan siasatan dalam kes pengadu (wanita) ini.

“Kes remaja tersebut sebenarnya disiasat oleh IPD Sungai Buloh manakala kes siasatan ini melibatkan wanita tersebut dan suspek berlainan,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, bapa Ain Husniza, Saiful Nizam Ab. Wahab memaklumkan anaknya dipanggil polis daerah Putrajaya semalam.

Saiful Nizam dipetik berkata, ia bagi membantu siasatan berkaitan ugutan bunuh oleh individu kepada salah seorang rakan Twitter yang menyokong anaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI