fbpx

PGA rampas 50 ekor kambing korban seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 50 ekor kambing seludup dirampas selepas anggota PGA menahan sebuah lori di Kampung Jubakar, Tumpat malam tadi.

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang lelaki ketika membawa sebanyak 50 ekor kambing yang dipercayai diseludup di dalam muatan lori dipandunya di Kampung Jubakar di sini malam tadi.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah malam selepas membawa kambing-kambing yang dipercayai untuk dijual di negara ini yang juga stok sembelihan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA melihat sebuah lori dengan muatan belakangnya ditutup penuh dengan kain kanvas ketika menjalankan rondaan rutin di kampung itu.

Menurutnya, PGA kemudian telah menahan lori berkenaan untuk melakukan pemeriksaan sebelum menemui sebanyak 50 ekor kambing di ruang belakang kenderaan itu.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan bagi membawa haiwan-haiwan itu.

“Suspek bersama 50 ekor kambing itu dibawa ke Balai Polis Chabang Empat di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI