PETALING JAYA – Personaliti media sosial yang juga pelakon Kak Girl mengesahlan sudah lagi tidak bertudung sejak beberapa hari lalu.
Menerusi sebuah hantaran dalam Instagramnya, Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan memuat naik sekeping swafoto dirinya yang kini sudah tidak lagi berhijab.
“Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati orang tanpa fikirkan diri sendiri.
“Kadang-kadang kita terpaksa ikut kehendak orang walau kita ada kehendak sendiri,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menurut bekas penyampai radio Best FM itu lagi, bertahun lamanya dia cuba menjadi yang terbaik namun tiada yang benar-benar menghargai.
“Maaf mungkin ramai yang kurang selesa, tapi saya sedang menjadi diri sendiri sahaja, The real me (saya yang sebenar).
“Tak kiralah apa orang nak kata, saya perlukan ruang dan masa untuk diri sendiri. Maafkan dan doakan saya kalau sudi,” katanya lagi.
Tinjauan Kosmo! mendapati pelakon filem Baik Giler itu bertindak menutup ruangan komen dalam Instagramnya.
Terdahulu Kak Girl mengesahkan sudah bercerai talak satu bersama suaminya, Mohd. Hafizi Marzuki 20 Oktober dua tahun lalu disebabkan tiada persefahaman dalam hubungan mereka. – K! ONLINE