fbpx

Grab terbitkan laporan sulung ESG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna boleh mengurangkan jejak karbon apabila membuat perjalanan menggunakan Grab menerusi ciri pengimbangan karbon (carbon offset) yang mudah digunakan di dalam aplikasi tersebut.

Inisiatif terbaharu ini diumumkan melalui Laporan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) tahunan Grab yang pertama diterbitkan bagi menggariskan komitmen syarikat dalam usaha pemerkasaan sosioekonomi, pemeliharaan alam sekitar dan menjana prestasi kewangan yang kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab, Anthony Tan berkata, ­prestasi syarikat berkait rapat dengan kebajikan komuniti dan perlindungan alam sekitar.

“Ciri pengimbangan karbon Grab yang baharu itu akan dilancarkan di Indonesia, Malaysia dan Thailand bulan depan sebelum dilancarkan ke seluruh Asia Tenggara.

“Melaluinya, ia akan membo­lehkan pengguna membeli pe­ngimbangan karbon pada harga kurang daripada AS$0.10 (RM0.40) untuk setiap perjalanan dan amaun tersebut akan digunakan bagi membia­yai projek-projek pemuliharaan dan penanaman semula hutan oleh pertubuhan bukan kerajaan,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Tan menerangkan, bagi inisia­tif tersebut, Grab telah bekerjasama dengan EcoMatcher dan berganding bahu dengan yayasan serta badan bukan kerajaan yang diiktiraf bagi menanam pokok.

“Pengguna di negara-negara tersebut akan menerima sebatang pokok yang dikhususkan untuk mereka apabila men­yempurnakan sejumlah per­jalanan karbon neutral yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Menerusi EcoMatcher, para pengguna Grab boleh berkunjung ke lokasi di mana pokok mereka ditanam secara maya, menamakan pokok, melihat foto pokok yang baru ditanam dan mempelajari lebih banyak lagi me­ngenai peladang yang menanam pokok mereka.

Selain itu, pengguna Grab di Malaysia juga dapat menanam sebatang pokok melalui EcoMatcher dengan menggunakan mata GrabRewards.

Gambar hiasan

Pokok-pokok tersebut akan ditanam di dalam Hutan GrabForGood Indonesia, Malaysia dan Thailand menerusi kerjasama dengan beberapa pertubuhan. 

Hutan GrabForGood adalah kawasan yang dikhususkan untuk inisiatif penanaman pokok Grab di bawah program pengimbangan karbon syarikat itu. 

Di Malaysia, pokok-pokok ini akan ditanam oleh Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) yang ditubuhkan pada 2012 bagi memulihara hutan hujan tropika dan menangani isu kadar kemerosotan biodiversiti yang kritikal di Malaysia. 

TRCRC memcpunyai dua misi utama iaitu untuk memelihara spesies tumbuhan hutan hujan tropika dan menerajui projek perlindungan dan penanaman semula hutan membabitkan semua kawasan di seluruh negara.

 Pertubuhan ini mempunyai ladang di Gerik, Perak dan Sandakan, Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI