fbpx

IPO Ramssol sasar raih RM25.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAN (tengah) pada majlis pelancaran prospektus Ramssol secara maya semalam.

PETALING JAYA – Syarikat penyedia teknologi dan penyelesaian pengurusan sumber manusia, Ramssol Group Bhd. (Ramssol) menyasarkan untuk meraih dana berjumlah RM25.1 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Ia melibatkan penawaran 78.064 juta saham, dengan 55.76 juta daripadanya merupakan saham baharu pada harga 45 sen seunit.

Sejumlah RM2.5 juta daripada hasil IPO akan digunakan untuk meneroka pasaran Filipina; RM6.3 juta untuk mengembangkan aplikasi Feet’s milik syarikat dan platform dengan kerjasama pihak ketiga, Lark di Asia Tenggara, manakala RM4.1 juta diperuntukkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sebanyak RM6.7 juta lagi akan digunakan untuk modal kerja, manakala RM4.6 juta selebihnya bagi kos penyenaraian.

Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Clement Tan dalam sesi pelancaran prospektus yang diadakan secara maya semalam berkata, pihaknya melihat permintaan yang semakin meningkat bagi pendigitalan fungsi sumber manusia di Asia Tenggara, yang mendorong syarikat meluaskan kehadirannya ke Filipina.

Jelasnya, langkah tersebut bakal mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju penyelesaian pengurusan sumber manusia di rantau ini dengan kehadiran di pasaran utama serantau.

“Kami akan meningkatkan keupayaan Feet’s de­ngan memasukkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan membangunkan modul dalam menyelesaian pengurusan sumber manusia.

“Teknologi AI dengan keupayaan ramalan analitik membolehkan majikan lebih memahami pekerja mereka yang ingin meninggalkan syarikat, mengoptimumkan strategi tenaga kerja melalui penanda aras data dan membuat tindakan tepat bagi mendorong keberkesanan perniagaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI