fbpx

Kilang proses kertas terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang pemprosesan kertas mengalami kerosakan selepas berlaku kebakaran di Taman Kerapu, Butterworth hari ini. - Foto ihsan Bomba

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang memproses kertas hangus dijilat api dalam kebakaran di Taman Kerapu, Butterworth di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.32 petang berhubung kejadian tersebut sebelum bergegas ke lokasi.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan Perai digerakkan bagi memadamkan kebakaran selain dibantu pasukan bomba sukarela.

“Kita dapati kebakaran awalnya melibatkan longgokan kayu palet yang kemudiannya merebak ke bangunan kilang pemprosesan bahan kertas.

“Anggaran peratusan kebakaran struktur kilang adalah kira-kira 5 peratus dan operasi ditamatkan pukul 3.25 petang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan. Manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI