fbpx

60,000 individu sudah divaksin di PPV KPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas M. Kuppaammal, 85, menerima suntikan secara pandu lalu di Hospital KPJ Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini.

PETALING JAYA – Penyedia penjagaan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ) terus komited dalam menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan bilangan orang ramai yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, KPJ memaklumkan sebanyak 16 pusat pemberian vaksin (PPV) yang dibuka oleh Kumpulan itu sedang beroperasi dan memberikan vaksin kepada kira-kira 4,000 orang sehari.

Katanya, perkembangan terbaharu itu menjadikan KPJ sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar yang menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kerajaan.

“Seramai lebih 60,000 individu sudah divaksin di PPV KPJ sejak Mac tahun ini.

“Menjelang akhir Jun, KPJ akan mempunyai 21 PPV yang akan mampu memberi vaksin kepada lebih daripada 6,000 orang setiap hari.

“Ini adalah kira-kira 4 peratus daripada 150,000 vaksinasi harian yang telah disasarkan untuk seluruh negara,” ujar kenyataan itu hari ini.

Katanya, sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di negara ini, KPJ juga mempunyai keupayaan untuk memberi vaksin kepada lebih daripada 10,000 orang setiap hari jika diperlukan.

“Sebagai inisiatif masa depan, KPJ sedang meneroka peluang untuk menyediakan suntikan vaksin secara persendirian, iaitu selain daripada program kerajaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI