fbpx

Ruang sempit, eskapisme tempoh epidermiologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MEMBACA kisah semasa sepanjang minggu-minggu epidemiologi, senang cakap ‘musim Covid-19’ ini, banyak orang dipertemukan penggunaan laras bahasa perubatan yang jarang digunakan dalam bahasa media.

Paling kerap untuk hari-hari kebelakangan ini adalah sporadik atau kes sporadik. Mungkin diambil daripada bahasa Inggeris ‘sporadic’ bermaksud sesekali atau sekali-sekala, musim pandemik mentafsir istilah berkenaan sebagai kes dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada.

Kes tersebut dikesan melalui saringan di tempat kerja, dalam komuniti atau daripada kes bergejala.

Wujud juga perkataan ‘survelan genomik’ atau kajian berhubung genetik yang akhirnya menemukan pasukan perubatan terhadap varian-varian baharu. Musim pandemik sejak awal tahun lalu sememangnya banyak memperkayakan sektor bahasa Melayu, sekali gus memberitahu kita semua bahawa bahasa ibunda ini bersifat dinamik.

Kita juga menjadi bijak apabila pandai menyebut istilah saintifik, setidak-tidaknya tahu apa maksud kluster atau varian. Pengetahuan kita berkembang dan tahap celik teknologi meningkat. Kerja sekolah anak-anak juga semakin tak menang tangan.

Kita jadi prihatin terhadap persekitaran, paling tidak pun rajin menjenguk grup komuniti kejiranan untuk melihat-lihat menu harian apakah yang dijual sebagai juadah dari pagi sampai ke malam.
Sungguh, hal itu sesuatu yang jarang dilakukan penulis sewaktu menjalani hari-hari biasa sebelum lahirnya Covid-19 atau kenal apa itu kerja dari rumah.

Rutin memesan, sama ada makanan, pakaian, kelengkapan rumah dan alat solek juga semakin laju. Ada sahaja yang memikat dan menggoda sehingga kadang-kadang lupa bilakah pesanan dibuat tatkala parcel tiba di muka pintu.

Yang bertambah ialah perihal-perihal sedemikian, namun lain padang lain belalang. Setiap orang ada acuan. Tugas golongan baris hadapan frontliner semakin membebankan, golongan asnaf atau orang miskin semakin terhimpit, namun dalam masa sama sifat dermawan orang kita juga semakin bertambah.

Itu hakikat, kita melihat transformasi, semakin positif dan negatif semakin memburuk yang sedang dialami di Malaysia. Untuk orang marhaen, apa sahaja yang berlaku sekarang sukar dirancang, semuanya going with flow.

Penat, keliru, pelik dan menunggu tak habis-habis. Usahkan menebak bila suasana akan pulih, menunggu panggilan vaksin pun boleh mental.

Situasi ini satu bentuk hukuman barangkali untuk manusia yang jarang lekat di rumah, ada sahaja tempat yang hendak dituju, urusan kerja atau aktiviti sosial yang mahu disertai.

Tepu dengan hal-hal epidemiologi dan sporadik, minggu ini misi penulis ialah mencatu poket, nak juga merasa Black Thorn Balik Pulau atau Musang King, barangkali itu eskapisme ke kayangan sepanjang terpuruk di lembah Perintah Kawalan Pergerakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI