fbpx

Saya pakai celana dalam – Paola Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengacara Itali menafikan tidak memakai celana dalam ketika mengacarakan program Euro 2020. - Instagram/dagocafonal

MILAN – Seorang pengacara stesen televisyen di Itali menjadi tumpuan apabila klip rakaman menunjukkan dia tidak memakai seluar dalam ketika mengacarakan perlawanan Itali semasa Euro 2020 tular di media sosial, baru-baru ini.

Insiden memalukan itu berlaku apabila Paola Ferrari, 60, meleraikan silangan kakinya semasa program disiarkan secara langsung dan secara  tidak sengaja didakwa menayangkan bahagian sulitnya kepada penonton.

Bagaimanapun, Ferrari dalam satu kenyataan balas memberitahu, dia memakai seluar dalam dan apa yang dianggap dilihat oleh penonton adalah ilusi semata-mata, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Ferrari menegaskan dia mementingkan kebersihan diri. – Wire Images

“Saya seorang yang mementingkan kebersihan dan kesihatan jadi tidak mungkin saya melakukan perkara itu (tidak memakai seluar dalam).

“Ada yang memberitahu klip rakaman kaki saya mendapat ulang tayang lebih banyak daripada kebanyakan perlawanan Euro 2020. Perkara ini biasa berlaku tetapi ia bukan sesuatu yang serius,” jelasnya.

Wanita yang bertugas di stesen televisyen Rai itu menegaskan bahawa  dia juga tidak pernah mempunyai tatu seperti dibayangkan oleh penonton.

“Saya boleh beri jaminan tiada tatu.Saya tidak begitu berfikiran terbuka,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI