fbpx

Kecoh ketam hidup jadi prop sesi fotografi dan ‘catwalk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ng (baju hitam) dirakam membawa beberapa ekor ketam yang diikat tali bersiar-siar di taman awam Pungol bersama beberapa individu dipercayai ahli keluarganya. - Coconut

SINGAPURA – Satu trend terbaharu muncul di Singapura apabila pemilik sebuah restoran makanan laut, House of Seafood mengadakan sesi ‘catwalk’ bersama ketam hidup, lapor portal Coconut, semalam.

Francis Ng, dirakam oleh beberapa pengunjung taman awam di Pungol bersama beberapa lagi individu dipercayai ahli keluarganya mengikat ketam hidup dengan tali dan membawanya bersiar-siar seperti seekor anjing.

Gambar tersebut tular di media sosial dan mengundang kritikan negatif masyarakat yang berpendapat aktiviti itu adalah tidak patut dan berlaku kejam kepada binatang yang juga sumber makanan.

Bagaimanapun, Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Kebimbangan Haiwan Singapura (ACRES) tampil dengan kenyataan bahawa pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Ng berkenaan isu tersebut.

“Ramai yang menghantar aduan dan kerisauan mereka tentang isu membawa ketam hidup berjalan di taman awam baru-baru ini.

“Ingin ACRES maklumkan bahawa pemilik ketam iaitu Francis Ng memberitahu aktiviti tersebut hanya untuk tujuan bergambar dan hanya berlangsung selama lima minit,” tulis kenyataan itu.

ACRES juga memberi jaminan bahawa restoran itu tidak menyalahgunakan ketam di premis mereka untuk tujuan lain selain menghidangkannya sebagai makanan kepada pelanggan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI