fbpx

Pemancar internet diperluas susulan insiden pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah MCMC Perak, Zairulnahar Zakaria dan Mohd. Akmal (tiga dari kanan) ketika bertemu dengan kakak mangsa, Siti Nur Zulfa yang kemalangan ketika mendapatkan capaian internet, baru-baru ini.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan syarikat telekomunikasi melaksanakan pengoptimuman pemancar berhampiran Kampung Baru Batu Tiga, Selama, Perak bagi memastikan liputan internet lebih baik, selewat-lewatnya bulan depan.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, ini susulan daripada insiden yang berlaku ke atas seorang pelajar bernama Siti A’isyah Mohd. Idris, 17, yang dilaporkan cedera parah akibat kemalangan ketika menaiki motosikal ke rumah bapa saudaranya untuk mendapatkan capaian internet bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Jadi sebagai langkah sementara, MCMC telahpun mengarahkan penyedia syarikat telekomunikasi mengambil tindakan segera di kawasan tersebut, ” katanya hari ini.

jelas MCMC lagi, bagi penyelesaian jangka masa panjang pula, pihaknya mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk menyediakan infrastruktur komunikasi bersesuaian bagi memastikan liputan internet lebih baik dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan Kampung Baru Batu Tiga tersebut.

“Sehubungan itu, MCMC ingin menasihatkan semua pelajar agar berhati-hati dan tidak membahayakan diri dalam usaha untuk mendapatkan capaian internet,” katanya.

Terdahulu, MCMC Negeri Perak dan wakil penyedia perkhidmatan yang terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan Telekom Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selama, Mohd Akmal Kamaruddin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI