fbpx

Gagal seludup daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 720 kg daun ketum dan sebuah van dirampas dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Kampung Apa-Apa, di sini hari ini.

PASIR MAS – Polis merampas sebanyak 720 kilogram (kg) daun ketum ketika melakukan serbuan di sebuah rumah kosong di Kampung Apa-Apa, di sini sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari itu, polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat aktiviti penyeludupan daun ketum itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komsioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, sewaktu melakukan serbuan, suspek yang berusia 41 tahun menyedari kehadiran anggota polis sebelum cuba untuk melarikan diri.

Katanya, lelaki itu juga bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan antara suspek dengan pihak polis, namun dia akhirnya berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah kosong tersebut telah menjumpai 40 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum.

“Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah van jenis Mitsubishi Delica yang berada berhampiran rumah itu telah membawa kepada penemuan 40 lagi plastik hitam mengandungi daun ketum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, siasatan mendapati, setiap satu bungkusan itu adalah seberat sembilan kilogram dan kesemua 80 bungkusan itu dianggarkan seberat 720 kilogram.

Katanya, kesemua daun ketum itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dan dijual di sekitar daerah ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI