fbpx

Bapa beri bayi minum arak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang lelaki dipercayai memberi minuman keras kepada seorang bayi.

BALIK PULAU – Seorang bapa ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu video tular mengenai seorang bayi yang diberi minuman dalam tin dipercayai minuman keras.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Siasatan mendapati suspek yang merupakan bapa bayi berkenaan mempunyai 14 rekod lampau dan merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

“Bayi tersebut telah dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut walaupun dia kelihatan dalam keadaan sihat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu tular di media sosial sebuah video berdurasi 30 saat memaparkan seorang lelaki memangku bayi sambil menyuapkan minuman dalam tin yang tertera label jenama minuman keras kepada bayi berkenaan.

Turut kedengaran di dalam video itu suara wanita yang bertutur dalam bahasa Tamil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI