fbpx

Denmark lakar kejutan dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENMARK mengesahkan kemaraan ke saingan 16 pasukan terbaik selepas berjaya membenam Rusia 4-1 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

COPENHAGEN – Denmark melakar episod dramatik pada saingan Euro 2020 apabila melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas membelasah Rusia 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Parken awal pagi semalam.

Ketika berdepan kemungkinan tersingkir di peringkat kumpulan selain insiden yang me­nimpa pemain tengah, Christian Eriksen sebelum ini, keputusan dilakar Denmark adalah sesuatu yang menakjubkan.

Jurulatihnya, Kasper Hjulmand berkata, semangat Eriksen sentiasa bersama mereka dan ia memarakkan lagi semangatmereka untuk ke pusingan berikutnya.

“Satu perlawanan yang hebat, ia seperti magis. Sukar untuk bayangkan kerana apa dilalui semua pemain sebelum ini sangat sukar.

“Kami sentiasa fikir mengenai Christian dalam setiap perlawanan. Pemain tunjukkan kemahuan yang sangat tinggi dan kami layak untuk menang,” katanya.

Pada perlawanan itu, Denmark menjaringkan empat gol menerusi Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen, Andreas Christensen dan Joakim Maehle sementara gol saguhati Rusia dija­ringkan Artem Dzyuba.

“Saya tidak mahu pemain-pemain terlalu meraikan kejayaan ini kerana perjalanan kami masih panjang dan perlu berdepan cabaran lebih hebat pada pusingan berikutnya selepas ini,” ujar Hjulmand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI