fbpx

Wanita nyaris maut diserang buaya tidak mahu reptilia itu dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laurie (kiri) menganggap apa yang berlaku kepadanya adalah bukan salah buaya itu. -Rex

LONDON – Seorang penjaga zoo dari Britain yang hampir terbunuh selepas diserang buaya di Mexico menggesa pihak berkuasa negara itu supaya  melindungi reptilia  tersebut kerana ‘ia tidak bersalah’, lapor akhbar The Sun semalam.

Melissa Laurie, 28, yang baharu sedar daripada koma selepas bertarung nyawa akibat insiden itu berharap kerajaan Mexico melindungi reptilia tersebut selepas pihak berkuasa membincangkan cara untuk menghapuskan buaya itu.

“Hanya kerana satu insiden penuh trauma yang berlaku kepada saya, tidak bermakna buaya itu harus menerima akibatnya.

“Buaya merupakan makhluk yang menarik dan berusia hampir 200 juta tahun.

“Saya kesal dan marah dengan cadangan untuk menghapuskan buaya itu. Mengapa perlu tembaknya jika anda boleh menangkap gambar-gambarnya?” kata Laurie.

Laurie diserang pada 6 Jun yang lalu di sebuah lagun di Munialtepec, kira-kira 19 kilometer dari Puerto Escondido.

Serangan itu menyebabkan paru-parunya dipenuhi air, badannya dipenuhi luka yang menembusi perut serta usus yang menyebabkan sepsis atau jangkitan kuman dalam darah.

Laurie bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh adik kembarnya, Georgia yang merupakan seorang penyelam terlatih yang berjaya menarik tubuh Laurie ketika ia diseret oleh buaya sepanjang 3 meter tersebut.

Kedua-dua wanita itu berkata mereka tidak melihat papan tanda tentang kewujudan buaya di kawasan itu, menyebabkan mereka masuk ke situ.

Biarpun hampir maut akibat serangan itu, Laurie berharap agar buaya itu tidak diapa-apakan.

“Pemuliharaan hidupan liar adalah sangat penting bagi saya,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI