fbpx

4,743 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian kekal di bawah angka 5,000 hari ini dengan 4,743 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 705,762 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 1,566 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 635 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 585 kes.

“Seterusnya Sarawak (507 kes), Johor (239 kes), Pulau Pinang (195 kes), Sabah (193 kes), Melaka (167 kes), Kelantan (165 kes), Kedah (142 kes), Pahang (131 kes) dan Labuan (104 kes).

“Perak (68 kes), Terengganu (37 kes), Putrajaya (tujuh kes) manakala, Perlis pula (dua kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI